Saturday, October 18, 2008

..~BoLeH ToLonG SaYa??~..




Tolong beritahu si dia,sy ada pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia,cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia,cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia jgn menyintai sy lebih dari dia menyintai
Yang Maha Esa..

Tolong nasihati si dia,jgn mengingati sy lebih dari dia mengingati
Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si dia,jgn mendoakan sy lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia,dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia,dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia,
sy terpikat kerana imannya bukan rupa..

Tolong ingatkan si dia,
sy lebih cintakan zuhudnya bukan harta..

Tolong ingatkan si dia,
sy kasihinya kerana santunnya..


Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia, sy milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, sy masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia,andai diri ini enggan dirapati kerana
menjaga batasan cinta..

Tolong sabarkan si dia,
bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..


Tolong sampaikan pada si dia, sy mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia,
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dgn
Yg Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana
sy tidak mampu memberitahunya sendiri...


Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau dia tidak mengetahui hakikat sebenarnya..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa,
memasuki taman larangan dgn sopan santunnya & bertemu mawar berduri
yg terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...


c u`ll in another blogs..
wassalam..

2 comments:

Anonymous said...

miera....aku tsentuh plak bace ayat kat blog ko ni...huhu...rase insaf pon ade..hahax..
-anaz-

++ MIERA ++ said...

hek eles kumbangterbang niey~
xD