Tuesday, March 23, 2010

Disebalik yg tersirat.


Profesion jururawat adalah mulia dan perlu disanjung tinggi oleh setiap lapisan masyarakat.Jadi setiap masyarakat harus memberi penghormatan kepada jururawat supaya mereka terus berkhidmat dengan beretika dan prihatin terhadap pesakit-pesakit.

Peranan jururawat terkandung dalam perkataan JURURAWAT itu sendiri yang mempunyai makna dan maksud yang tersirat dan tersurat bagi menjelaskan peranan dan tugas seorang jururawat.


J – Jari Jemari

Jari jemari jururawat yang lembut melayan pesakit merupakan satu rangsangan ke arah penyembuhan pesakit dengan lebih cepat.Sentuhan jari jemari jururawat yang lemah lembut sangat penting bagi memberikan perkhidmatan yang baik kepada pesakit.Jari jemari jururawatlah yang menyuapkan ubat ke mulut pesakit yang kritikal, membetulkan alatan pesakit,menyelimutkan pesakit dan pelbagai lagi rawatan dan perhatian jururawat kepada pesakitnya.

[erk?pergh~ >.<]


U – Usaha

Jururawat perlulah sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya.Jururawat adalah pembantu setia kepada doktor. Jururawat perlu berusaha membantu doktor dan pesakit dengan semangat dan usaha yang jitu tanpa rungutan dan bantahan terhadap pekerjaan yang diamanahkan kepadanya.Usaha murni jururawat membantu pesakit sangat dipandang tinggi oleh pesakit khususnya dan masyarakat amnya.

[usaha ye,bkn usha~]


R – Rawat

Tugas utama jururawat adalah merawat pesakit yang telah didiagnosa sakitnya oleh para doktor.Tugas merawat meliputi pelbagai kaedah rawatan.Ada jururawat yang kreatif dengan bercerita dan memotivasi pesakit dengan kata-kata yang manis dan merdu didengar oleh telinga pesakit agar pesakit cepat sembuh.

[motivator?duh! manis & merdu plak da]


U – Umpama Lilin

Masih ingatkah kita kepada nama besar dalam dunia kejururawatan iaitu Florence Nightingale yang sepanjang hayatnya merawat dan membantu pesakit.Pada waktu malam Nightingale melawat setiap katil pesakit dengan menggunakan lilin di wad pesakit yang serba kekurangan.Layanan Nightingale yang penuh keikhlasan dan kemurnian hati itu menjadi simbol bahawa dunia kejururawatan adalah profesion yang penuh dengan nilai murni bagi membantu pesakit untuk pulih dan membina kehidupan baru.

[sejuk skit baca~]


R – Respons

Seorang jururawat itu perlulah sentiasa memberi respons kepada masalah dan pertanyaan pesakit yang dikemukakan kepadanya.Respons yang diberikan oleh jururawat kepada pesakitnya perlu mempunyai hemah dan etikanya agar pesakit tidak terkejut atau terkedu dengan jawapan yang diberikan oleh jururawat.

Contohnya jika pesakit yang mempunyai penyakit kritikal bertanya kepada jururawat,“Puan, macam mana dengan sakit saya,ada peluangkah atau tidak untuk sembuh”, jururawat yang kasar akan menjawab dengan kasar “sakit macam awak ni memang tak ada peluang nak hidup lama”.

Tetapi jururawat yang kaya dengan hemah dan budi bahasa akan menjawab dengan lembut, “Insya-Allah, setiap sakit ada ubatnya, bersabarlah, kami akan menjaga encik dengan baik”. Begitulah yang dikatakan respons yang baik yang perlu jururawat berikan kepada pesakit.


A – Amalan

Seorang jururawat perlu memberi perhatian kepada amalan sebagai jururawat yang baik seperti berbudi bahasa dan berlembut dalam tingkah laku dengan pesakit, mempunyai keperibadian yang baik dari segi penampilan dan imej. Bermanis muka dan kaya dengan senyuman kepada pesakit.Seorang jururawat perlu mempunyai etika,profesionalisme,cekap dan amanah.

[mira,tlg mulakan sesi latihan anda mulai saat ini!]

W – Wibawa

Jururawat yang berwibawa tahu dengan benar dan tepat tugasan yang perlu dijalankan tanpa perlu banyak merujuk dan diajar oleh doktor. Adalah amat memalukan jika jururawat itu pula diajar tentang tugas dan peranannya oleh pesakit.Jururawat yang berwibawa perlu mempunyai sikap ingin belajar dan memperbaiki tugas yang dijalankannya.


A – Aspirasi

Bukan semua orang boleh menjadi jururawat kerana tugas itu bukan mudah. Dia bukan sahaja merawat pesakit tetapi juga membawa bersama nilai dan aspirasi organisasi tempat ia bekerja. Aspirasi hospital dan klinik-klinik di mana jururawat bertugas perlu dipraktikkan bagi merealisasikan aspirasi tersebut dengan jayanya.


T – Teras

Teras kepada tugas jururawat adalah integriti dalam menjalankan tugas.Teras kejayaan kepada tugas kejururawatan adalah tekun dalam menjalankan tugas, tepat masa dalam kedatangan dan merawat pesakit,tahan cabaran dalam menjalankan tugas serta menjaga kerahsiaan dokumen dan rekod pesakit mengikut kehendak dan keperluan organisasi.



p/s;agak sukar rupanya menjadi seorang jururawat~
tabahkan hati!
bak kata maksu,
"niat kita kena betul"
tpi ap slhnya smbil menyelam minum air.
^^
sudah~

[pemilik blog ini sudah pndai mengoogle.
dlm misi 'gali' lgi ap yg ptot]

credit to Fakhrina Alia yg 'hantu' google.
thx 4d spirit!



4 comments:

adysuR said...

Saudari Miera memilih jururawat sebagai kerjaya, ya? =)

adwin H said...

semoga berjaya! >.<

Mira ❤ said...

insyaAllah rusyda,doa2knla ye.

thx awin,kmu jua ;)

Alia said...

namaku disitu !
tahniah mira, kagum saya dengan saudari. saudari tahu mengorak langkah sendiri. Alhamdulillah, kini murah betul rezeki saudari.

Saya doakan yang terbaik untuk Amira syazwani. Semoga dipermudahkan urusan ! iAllah. =D