Thursday, January 1, 2009

..~SaHaBaT?? aPa 2??~..

Disunting dari laman i luv islam

Trutt…trutt… Trutt....trutt…
Aku abaikan bunyi yang datang dari hensetku. Tak tahu kenape macam malas je nk berkomunikasi dengan sesape pun hari ni. Erm…mungkin susah nak tafsir rasa hati, Cuma yang pasti aku memang takde mood!

“Walau apa pun yang jadi, kita tetap kawan!”

Ayat tu masih terngiang-ngiang, berselang-seli dengan bunyi dari hensetku.
Arghhh!! Bila semua ni nk diam! Malas betul nak layan semua ni.
Aku campak jugak henset aku ni karang. Campak??
Amboih…macam banyak duit nk beli baru!..
hahaha…tak jadi la campak…mujur masih waras kepala otak aku ni.

Trutt….trutt… Bunyi lagi! Kali ni aku hanya tilik je skrin tu.
Buat muka takde perasaan. Nama salah sorang sahabat ku muncul.
Erm…tapi cam tak patut je aku buat dia gini.
Takde kene mengene pun dia dalam hal tu. Aku je kot yang suke ikut perasaan.
Klik! Aku matikan henset.
Maafkan aku Kay! Aku tak berniat taknak bercakap dengan kamu.
Cuma bukan buat masa ni. I wanna be alone!
Jam menunjukkan angka 2.45 petang. Erm…petang ni malas betul nk study ke…
nk belek buku ke…yang aku tahu, aku nk release kan kepala yang serabut ni!
What to do ha? Kepala ligat berfikir, apa yang aku nk buat tuk hilangkan kebosanan ni.
Krek…. Aku bukak drawer. Tetiber terpandang satu beg plastic.
Aku tak berapa cam apa kandungan beg tu. Aish…pelik.
Selama ni aku akan tahu setiap apa yang aku simpan.
Untuk mengurangkan tekanan otak ku berfikir apa kandungan beg tu,
baik aku bukak dan tengok.


Tidak syak lagi.! Benda ni la yang aku cari dari awal sem dulu!
A bundle of photos! Hahaha…kenapa tah rindu sangat nk belek gambar2 tu.
Ku belek satu persatu. Mula dari zaman hingusan….
Sekolah rendah…
zaman aku mengenal diri…zaman tudung skaf ikat belakang..hahahaha…
kelakar betul rupa aku! Ku tilik satu persatu muka kawan2 sekolah rendah aku.
Entah camana la muka depa la ni. Yang aku dengaq sorang dah kawen baru2 ni.
Yang lain belajaq lagi. Aish..bila la buleh nk jumpa hangpa wei! Rindu bangat ni
biaq la hangpa tak mau jumpa aku tapi aku tetap ingat kat hangpa!
Aish..mana hang tau depa tak mau jumpa hang cheq oi.
Tah depa pun rindu kat hang. Depa saja tak mau ngaku…hahaha…
ayat pujuk diri sendiri…tapi memang best la zaman ni.
Aisey…kalau ikut hati ni hari ni jugak aku nk jumpa depa!! Tapi takpa…sabaq!!

Foto seterusnya…..
zaman sekolah menengah…
ku belek2 gambar2 tu. hahahha..betul la kata kawan aku…
“ Kau ni Wani,cuba la senyum sket amek gambar tu!”
Memang maut punya serius muka aku dalam gambar! Sorry la!
Bukan takmo senyum, tapi aku tak gheti nk senyum dalam gambar time tu.
Hahaha… terima la kenyataan!! Zaman ni pun banyak mengajar aku jadi lebih matang.
Zaman ni aku mula kenal erti sahabat. Ada sekeping gambar yang buat aku terkesima.
Orang2 dalam gambar tu yang buat aku betul2 terharu. Gambar cikgu2 aku.
Diaorang banyak mengajar aku.Terima kasih wahai guruku! Arghhh!! Nak balik sekolah!!
Hahah…zaman yang best! Kawan2 yang happening!! Memang vogue la korang!
Ada yang dah kawen. Yang jadi mak orang pun dah ada!!
Isk isk isk…macam tak percaya masa berlalu dengan begitu cepat sekali.
Bila nak buat gath lagi wei!! Aku berkata2 sendiri…rindu la kat sekolah.
Cukup la zaman tu..aku tutup zaman sekolah dengan kenangan yang
manis dengan korang! Thanxx!!


Seterusnya…matrik!!
Walaupun kolej tu terceruk je kat luar Bandar.
Dah la luar Bandar, transpot nk keluar bukan main payah.
Dekat dengan hutan plak tu…hahahah…
tapi tu semua bukan penghalang tuk aku cipta kenangan jugak zaman ni.
Zaman ni jugak berlaku perubahan besar dalam hidup aku.
Buat aku makin kenal Penciptaku, makin faham dengan diri sendiri.
Alhamdulillah..Bukak mata aku tentang dunia ni sebenarnya terbentuk
dengan macam2 perangai manusia, feel yang kadang2 kita sendiri tak
sangka ada jugak orang yang boleh nk buat sumthing yang amatlah tak dapat
diterima akal yang waras.Tapi adat dunia kan.
Terima la untuk mematangkan diri.

Gambar 1st yr..muke mude giler!!
Hahaha…mmg mude pun kan…tapi tetap maintain serius….hahahaha.
kat sini aku punya ramai kawan yang mahu cipta kenangan bersama.
Walau kaum sejenis ku tak ramai pun kat sini,tapi batch aku,
kami dah anggap masing2 macam adik beradik.
Siap ada pangkat masing2. hahaha…dah pulak tu masing2 memang suke berposing!
Banyak gak la gambar2 kenangan aktiviti kami.

Naik 2nd yr,..
Dah buat kerja sama2 kn..baru la kenal diaorang ni camana.
Tapi best la sebabnya bleh nk tambah koleksi gambar! Hahaha…
yang seronoknya hampir setiap aktiviti kami lakukan bersama.
Yang macam acara tahunannya, birthday celebration ha!! Macam2 kenangan.
Macam2 jenis kek. Macam2 jenis hadiah. Macam2 jenis makanan.

“ pertemuan kita di suatu hari
Menitipkan ukhuwah yang sejati
Bersyukur ku hadrat Ilahi
Di atas jalinan yang suci
Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Kutetap pergi jua
Kan ku utus kan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hambaMu
Mencari hidayah daripadaMu
Dalam mendidikkan kesabaranku
Ya allah tabahkan hati hambaMu
Di atas perpisahan ini”

Aduss…lagu ni plak terkeluar dari speaker aku ni..isk3..
mengimbau kenangan betol! Koleksi gambar aku terhenti. Aku mula sebak.
Dah takde gambar yang nak dibelek. Sebabnya zaman aku 3rd yr, kamera digital
mengambil alih tugas..hahaha… dan bila masa berlalu,
kita masing2 dah mula sibuk dengan hidup masing2.
tak banyak dah gambar atau kenangan yang dapat dicipta bersama.
Masing2 punya komitmen yang menuntut masa dan lain2 pengorbanan.


Aku tak pernah salahkan korang, Cuma kadang2 aku terfikir,
ada juga salah dari diri ku. Yang dulu jarang mahu menghargai apa yang aku ada.

Tapi bila mana kini, aku mula marah, sedih, geram dengan keadaan ini.
Walau aku tak tahu, pada siapa sebenarnya yang aku marah, sedih mahupun geram.
Tapi aku tetap bersyukur kerna masih boleh mengingati kalian.
Masih segar bagaimana kalian mencorak hidupku.
Kenangan itu yang masih buat aku tersenyum……
erm…aku simpan balik semua koleksi gambar ni.
insyaAllah, kenangan yang ada pun akan disimpan rapi bersama
gambar2 setiap insan yang pernah hadir dalam mencorak hidup aku.
Terima kasih!!

Walau kita sudah jarang, ataupun tidak lagi bersua,
aku akan tetap mengingati setiap dari kalian yang pernah menyentuh hati ini,
yang pernah melakar nama dalam lipatan sejarah hidupku,
yang pernah mengajar aku menjadi dewasa….

Akhirnya tanpa dapat di tahan..
Air mata ini mengalir jua….
Ukhwahfillah abadan abada..
insyaAllah..

c`ull in another blog..
wassalam..


No comments: