Tuesday, January 27, 2009

..~SeMaLam & TiKa Ini~..

salam..

2jam lagi..>.<
nape asal je hari nk kena blk ke hostel,mesti rsa seram sejuk...
dari taon lpas lgi cmnieyh...
ades,da la dgn suasana baru taon nieyh,tabahkan hatiku Ya Allah..
setaon je lagi kn nk skola,
kalo nk dptkn kejayaan,perlukan pengorbanan..
yeah,semangat nak balek kena ada!!~ >.<

semalam,
26 Januari 2009...

-Rakyat Cina di Malaysia menyambut
Chinesse New Year dgn meriah sekali..
mlm raya,diadakan majlis makan besar..
taun nieyh mengikut kalendar diorg adalah tahun Lembu..
jiran aq bnyk terdiri dari bangsa Cina,so ibu ada hadiahkan diorg
dgn hamper2 kecik..mengeatkan silaturrahim..>.<
n mcm biasa,aq n adeq akn dpt angpau bersampul merah menyala~
tou chay auntie xD

-Semalam jua,
Hari Lahir salah seorang dari sumber inspirasi aq utk teruskan kehidupan..
dye banyak kasi semangat,dorongan serta nasihat..
sebab beliau jgk ar marks math aq meningkat,
selain dari dorongan parents serta diri aq sendiri..
even kami jauh,tpi rsa mcm beliau dkt sgt dgn diri ini..
selalu je kna soal,"mengaji x tdi?" >.<
anyway,thanxx 4everything..
may Allah bless u n gt a flying colours in SPM 2009,
insyaAllah..
*make our parents proud of us*

-Tarikh 26 Januari jgk,
tarikh yg akan dikenang oleh para student
teacher Thene Azhria,selaku teacher yg telah mengajar m/pelajaran
English taun lpas..Beliau kembali ke rahmatullah disebabkan
tyhroid gland yang bermasalah,we will mish u teacher..
beliau meninggalkan 2orang anak perempuan..
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yg beriman,aaminn..

sekarang,
tiba msa utk aq mengundurkan diri..
jam da menunjukkan pukul 1.00petang..
myb kjp lgi nk ajk ayah singgah beli barang dlu b4 balik..
terlupa yg cuti juz 3ari,bajet cuti seminggu..>.<

Salam Perjuangan~

c u`ll in another blog..
wassalam..






Saturday, January 24, 2009

..~KisaH 3MinggU~..

salam..

alhamdulillah,smpai gak umah akhirnya setelah
3minggu terkurung di Balik Pulau..

1st week,
rombakkan dorm then mcm biasa,kna brainwash dlu..>.<
then tros start p&p..huhu~ taon yg sgt penat,xdk istilah rehat suda..
demi SPM,bertahan,bertahan..
ckgu pon cm terkejar2 takot xdpt abeskn sume topic sblum bln 8..
dpt pengalaman jdik fasilitator time orientasi,segan nk mmpos...
tros dpt gelaran Kak escalator..hampeh ar diorg!~
praturan pon da ketat,da start guna bju prep...
bler prep,da mcm team bola,orange je sume..
kali ni prep satu meja 4org,so keadaan agk terkawal..
tiap2 mlm susah sgt nk lelapkn mata,
inilah padahnya,kt umah biasa tdo lewat..
taon ni,blk prep penoh even tgah mlm..
waa~kkdg 2 tnsion je tgk diorg still study even da lwt mlm..
terasa persaingan yg sgt3 hebat..
but ada lgi yg bwk hp,'tahan miera,tahan'..>.<

2nd week
Dpt outing,e2 pon hari ahad,coz sabtu ad aktiviti kt dewan..
kali ni,outing serentak llaki & ppuan..tpi llaki dilepaskn lbh awl..
as usual,dlm kul 12lbh cm2 kluar ngan dak2 dorm sramai 5org..
smpai je kt complex,tgl aq n Ain ber-2 je..
yg laen sume bpecah ikut psangan diorg..T_T
wadduh,sabar je ar..bak kata Ain..
nsb baek ar ada Ain,kalo x aq sensorg je ar mncari haluan..
mmula kitorg g mkn,msuk boling n popular,
then g teman Ain carik2 pe yg ptot..
lpas da abes carik2 brg ngan Ain,tros ambl bas blk dlm kul 4 cmtuh..
mmula kitorg xtwu nk ambl bas no bp,nsb baek trsempak
dgn Shaziman yg kbetulan nk blk gk..
abes ar gak rm96..ntah ape yg di-angkut ari 2..

3rd week,
mggu nieyh da start blajar introduction macromedia..
mak aieyh,nmpk je cm best,tpi sengsara,bnyk cabang..
ini bru introduction,da pening..
ntah bp kali kna denda coz xdpt jwb soklan..
blh dikatakan satu kls kna denda...
perghh,diragging oleh cikgu? yaa ampuun..
da 2,kna bwt presentation gna power point scra individu dpn kls..
huh,bpeluh je kna sesi soal jwb ngan ckgu..
taon ni konsep blajar di Universiti..
seriously blum brsedia..>.<
assignment pon da start,..lps cuty nieyh kna submit..
hari khamis sume da bersemangat pack bju..
suasana mcm xblk setaon..perit je rsa,even bru 3mggu..
lpas nieyh bln 3 bru blk bermalam ag..
e2 pon kalo xdk program ppe..hope so xdk prog ppe..

penantian e2 suatu penyiksaan..

c u`ll in another blog..
wassalam..





Thursday, January 1, 2009

..~PinTa DiRi iNi~..




Ya Allah permudahkanlah urusanku
Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk
menempuh cabaran tika dan saat ini,
Ya Allah jadikanlah hambamu bijak membahagikan masa,
Antara mencari ilmu
mengulangkaji ilmu
mentelaah ilmu
mencari pengalaman
menjalankan tanggungjawab mencari kekuatan
dan mencari Keredhaan mu Ya Allah

Ya Allah tetapkanlah hatiku dan niatku
Menuntut ilmu hanya keranamu
Agamamu dan Bangsaku

Ya Allah jadikanlah ilmu yang kucari
Hikmah yang Kau beri kefahaman dan yang Kau campakkan
Dapat meningkatkan Iman dan Takwaku pada Mu
Ya Allah jadikanlah hatiku sabar dengan
segala cabaran dan masalah yang akan menimpaku,
Jadikanlah ia satu hikmah yang bernilai bagi mendewasakan ku ,
Ya Allah berikanlah daku kejayaan yang diredhai oleh-MU
Amin Ya Rabbal Alamin..



TIPS

(1)Selalulah melihat wajah ibu ayah….
or sum1 yg mnjdi inspirasi utk korg brjaya..
kalau ada meja stdy sendiri kat hostel,boleh arr letak gambar family..
selalulah merenung wajah mereka~dapat pahala tu..=)
dan dapat naikkan semangat nak belaja…
InsyaAllah…bila teringatkan pengorbanan mereka,jangan ingat homesick…
(tips ni berkesan buat diri ini,alhamdulillah,no more homesick >.< [yeke miera?])

(2)Latihkan diri supaya sentiasa mendoakan kebahagiaan
ibu bapa di setiap waktu solat…~pesanan buat diriku,terlebih dahulu xD


(3)Untuk masa depan:janganlah melebih-lebihkan isteri berbanding ibu…
kerana ibu lebih banyak menumpahkan kasih saying buat kter..
(igt wey!! jgn lebeyhkan isteri dari ibu) ^^

c u`ll in another blog..
wassalam..


..~SaHaBaT?? aPa 2??~..

Disunting dari laman i luv islam

Trutt…trutt… Trutt....trutt…
Aku abaikan bunyi yang datang dari hensetku. Tak tahu kenape macam malas je nk berkomunikasi dengan sesape pun hari ni. Erm…mungkin susah nak tafsir rasa hati, Cuma yang pasti aku memang takde mood!

“Walau apa pun yang jadi, kita tetap kawan!”

Ayat tu masih terngiang-ngiang, berselang-seli dengan bunyi dari hensetku.
Arghhh!! Bila semua ni nk diam! Malas betul nak layan semua ni.
Aku campak jugak henset aku ni karang. Campak??
Amboih…macam banyak duit nk beli baru!..
hahaha…tak jadi la campak…mujur masih waras kepala otak aku ni.

Trutt….trutt… Bunyi lagi! Kali ni aku hanya tilik je skrin tu.
Buat muka takde perasaan. Nama salah sorang sahabat ku muncul.
Erm…tapi cam tak patut je aku buat dia gini.
Takde kene mengene pun dia dalam hal tu. Aku je kot yang suke ikut perasaan.
Klik! Aku matikan henset.
Maafkan aku Kay! Aku tak berniat taknak bercakap dengan kamu.
Cuma bukan buat masa ni. I wanna be alone!
Jam menunjukkan angka 2.45 petang. Erm…petang ni malas betul nk study ke…
nk belek buku ke…yang aku tahu, aku nk release kan kepala yang serabut ni!
What to do ha? Kepala ligat berfikir, apa yang aku nk buat tuk hilangkan kebosanan ni.
Krek…. Aku bukak drawer. Tetiber terpandang satu beg plastic.
Aku tak berapa cam apa kandungan beg tu. Aish…pelik.
Selama ni aku akan tahu setiap apa yang aku simpan.
Untuk mengurangkan tekanan otak ku berfikir apa kandungan beg tu,
baik aku bukak dan tengok.


Tidak syak lagi.! Benda ni la yang aku cari dari awal sem dulu!
A bundle of photos! Hahaha…kenapa tah rindu sangat nk belek gambar2 tu.
Ku belek satu persatu. Mula dari zaman hingusan….
Sekolah rendah…
zaman aku mengenal diri…zaman tudung skaf ikat belakang..hahahaha…
kelakar betul rupa aku! Ku tilik satu persatu muka kawan2 sekolah rendah aku.
Entah camana la muka depa la ni. Yang aku dengaq sorang dah kawen baru2 ni.
Yang lain belajaq lagi. Aish..bila la buleh nk jumpa hangpa wei! Rindu bangat ni
biaq la hangpa tak mau jumpa aku tapi aku tetap ingat kat hangpa!
Aish..mana hang tau depa tak mau jumpa hang cheq oi.
Tah depa pun rindu kat hang. Depa saja tak mau ngaku…hahaha…
ayat pujuk diri sendiri…tapi memang best la zaman ni.
Aisey…kalau ikut hati ni hari ni jugak aku nk jumpa depa!! Tapi takpa…sabaq!!

Foto seterusnya…..
zaman sekolah menengah…
ku belek2 gambar2 tu. hahahha..betul la kata kawan aku…
“ Kau ni Wani,cuba la senyum sket amek gambar tu!”
Memang maut punya serius muka aku dalam gambar! Sorry la!
Bukan takmo senyum, tapi aku tak gheti nk senyum dalam gambar time tu.
Hahaha… terima la kenyataan!! Zaman ni pun banyak mengajar aku jadi lebih matang.
Zaman ni aku mula kenal erti sahabat. Ada sekeping gambar yang buat aku terkesima.
Orang2 dalam gambar tu yang buat aku betul2 terharu. Gambar cikgu2 aku.
Diaorang banyak mengajar aku.Terima kasih wahai guruku! Arghhh!! Nak balik sekolah!!
Hahah…zaman yang best! Kawan2 yang happening!! Memang vogue la korang!
Ada yang dah kawen. Yang jadi mak orang pun dah ada!!
Isk isk isk…macam tak percaya masa berlalu dengan begitu cepat sekali.
Bila nak buat gath lagi wei!! Aku berkata2 sendiri…rindu la kat sekolah.
Cukup la zaman tu..aku tutup zaman sekolah dengan kenangan yang
manis dengan korang! Thanxx!!


Seterusnya…matrik!!
Walaupun kolej tu terceruk je kat luar Bandar.
Dah la luar Bandar, transpot nk keluar bukan main payah.
Dekat dengan hutan plak tu…hahahah…
tapi tu semua bukan penghalang tuk aku cipta kenangan jugak zaman ni.
Zaman ni jugak berlaku perubahan besar dalam hidup aku.
Buat aku makin kenal Penciptaku, makin faham dengan diri sendiri.
Alhamdulillah..Bukak mata aku tentang dunia ni sebenarnya terbentuk
dengan macam2 perangai manusia, feel yang kadang2 kita sendiri tak
sangka ada jugak orang yang boleh nk buat sumthing yang amatlah tak dapat
diterima akal yang waras.Tapi adat dunia kan.
Terima la untuk mematangkan diri.

Gambar 1st yr..muke mude giler!!
Hahaha…mmg mude pun kan…tapi tetap maintain serius….hahahaha.
kat sini aku punya ramai kawan yang mahu cipta kenangan bersama.
Walau kaum sejenis ku tak ramai pun kat sini,tapi batch aku,
kami dah anggap masing2 macam adik beradik.
Siap ada pangkat masing2. hahaha…dah pulak tu masing2 memang suke berposing!
Banyak gak la gambar2 kenangan aktiviti kami.

Naik 2nd yr,..
Dah buat kerja sama2 kn..baru la kenal diaorang ni camana.
Tapi best la sebabnya bleh nk tambah koleksi gambar! Hahaha…
yang seronoknya hampir setiap aktiviti kami lakukan bersama.
Yang macam acara tahunannya, birthday celebration ha!! Macam2 kenangan.
Macam2 jenis kek. Macam2 jenis hadiah. Macam2 jenis makanan.

“ pertemuan kita di suatu hari
Menitipkan ukhuwah yang sejati
Bersyukur ku hadrat Ilahi
Di atas jalinan yang suci
Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Kutetap pergi jua
Kan ku utus kan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hambaMu
Mencari hidayah daripadaMu
Dalam mendidikkan kesabaranku
Ya allah tabahkan hati hambaMu
Di atas perpisahan ini”

Aduss…lagu ni plak terkeluar dari speaker aku ni..isk3..
mengimbau kenangan betol! Koleksi gambar aku terhenti. Aku mula sebak.
Dah takde gambar yang nak dibelek. Sebabnya zaman aku 3rd yr, kamera digital
mengambil alih tugas..hahaha… dan bila masa berlalu,
kita masing2 dah mula sibuk dengan hidup masing2.
tak banyak dah gambar atau kenangan yang dapat dicipta bersama.
Masing2 punya komitmen yang menuntut masa dan lain2 pengorbanan.


Aku tak pernah salahkan korang, Cuma kadang2 aku terfikir,
ada juga salah dari diri ku. Yang dulu jarang mahu menghargai apa yang aku ada.

Tapi bila mana kini, aku mula marah, sedih, geram dengan keadaan ini.
Walau aku tak tahu, pada siapa sebenarnya yang aku marah, sedih mahupun geram.
Tapi aku tetap bersyukur kerna masih boleh mengingati kalian.
Masih segar bagaimana kalian mencorak hidupku.
Kenangan itu yang masih buat aku tersenyum……
erm…aku simpan balik semua koleksi gambar ni.
insyaAllah, kenangan yang ada pun akan disimpan rapi bersama
gambar2 setiap insan yang pernah hadir dalam mencorak hidup aku.
Terima kasih!!

Walau kita sudah jarang, ataupun tidak lagi bersua,
aku akan tetap mengingati setiap dari kalian yang pernah menyentuh hati ini,
yang pernah melakar nama dalam lipatan sejarah hidupku,
yang pernah mengajar aku menjadi dewasa….

Akhirnya tanpa dapat di tahan..
Air mata ini mengalir jua….
Ukhwahfillah abadan abada..
insyaAllah..

c`ull in another blog..
wassalam..


..~SuRaT Kte UtK MaK~..




Mak..
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter
kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak
yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak.....
nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuktanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa
rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu
di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bgtau kat maner
sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit
dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
ermm..bahagiaanya saat tu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999
pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut..
bila malam tu kiter sampai dari KL...
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk..
mak tetap takmau pi hospital..
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital..
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk..
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital...

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....

Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kan...kan..kan

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi
kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam..
airmata dah tak mampu di tahan..
Masa tu seandainya apa-apa trjadi di jln itu kiter rela...
Nmun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sbb kan pagi msih awal, jadi jln tu lenggang..
kosong..sekosong hati ini..
Spnjang prjlanan terasa kedinginan subuh
itu lain benar suasananya..
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn..

Mak...
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
Anak2 mak yg pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami
mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata.." dikk...jangan nangis...
kalau sayang mak jangan buat gitu...
jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....
Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!

*Video Lagu Anak Soleh*

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dgn air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi
imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...

makk...
anak mak yang seorang tu demam....
Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang
tak mengiringi mak ke tanah perkuburan..

Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi..
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib
anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan
gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...???
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....
Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
iter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk university..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih,

Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

p/s:sayangilah ibu,mama,mak,ummi,mummy anda selagi mereka masih disisi..


2my dearest ibu,
Pn.Normala Bt Daud..
u r da BEST MUM IN DA WORLD!!
time kaseh krn tlh mndidik&mmbesarkan
diri ini dari kecil hingga kini..
jasamu akan ku kenang hingga ke akhir hayat~
syg ibu~
*sesungguhnya,syurga dibwh tapak kaki ibu..


c u`ll in another blog..
wassalam..